Penduduk Kampung Labi menderita tiada jalan penghubung

Ruslan (baju putih) menyusuri Sungai Padas untuk bertemu penduduk Kampung Labi, Beaufort.
Ruslan (baju putih) menyusuri Sungai Padas untuk bertemu penduduk Kampung Labi, Beaufort.
A
A
A

BEAUFORT - Lebih 100 penduduk di Kampung Labi di sini terpaksa bergantung sepenuhnya kepada pengangkutan jenis bot atau perahu untuk keluar ke kampung lain atau ke Pekan Beaufort.

Difahamkan, penduduk kampung di kawasan itu terpaksa menyusuri Sungai Padas untuk menyeberang kerana itu saja laluan utama mereka untuk keluar dari kampung berkenaan.

Ketiadaan jambatan atau jalan raya penghubung untuk penduduk Kampung Labi itu juga menyebabkan murid dan pelajar yang menetap di kampung itu terpaksa menggunakan sungai sebagai laluan untuk mereka ke sekolah.

Prihatin dengan masalah yang dihadapi penduduk kampung berkenaan, calon Parti Bersatu Sabah (PBS) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan, Ruslan Muharam, berjumpa sendiri dengan penduduk kampung berkenaan.

Beliau dalam aktiviti kempennya semalam mengambil inisiatif untuk menyusuri sungai itu sendiri demi berjumpa dengan pengundi DUN Lumadan dan seterusnya mendengar luahan penduduk kampung mengenai masalah perhubungan di kampung itu.

Ruslan Muharam
Ruslan Muharam

Walaupun perjalanan hanya memakan masa kira-kira setengah jam termasuk terpaksa berjalan kaki untuk ke rumah penduduk namun ia sudah membuktikan bahawa masih ada kawasan di DUN Lumadan tidak menerima kemudahan.

Ruslan berkata, banyak lagi yang perlu diberi perhatian di kampung sekitar DUN Lumadan termasuk bagi memastikan mereka tidak ketinggalan daripada arus pembangunan.

Artikel Berkaitan:

Katanya, hasrat untuk membawa kemajuan terutama dari segi kemudahan di kawasan kampung di sekitar DUN Lumadan antara agendanya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

"Hala tuju saya adalah untuk meningkatkan sosioekonomi penduduk setempat dengan membantu golongan berpendapatan rendah terbabit dalam sektor ekonomi sekali gus dapat menjana pendapatan penduduk.

"Dalam masa sama, saya akan cuba bantu penduduk dengan memberikan kemudahan di kawasan kampung supaya mereka dapat menikmati arus pembangunan walaupun berada di kawasan luar bandar," katanya.

Katanya, beliau akan cuba menggalakkan penduduk setempat supaya terlibat dalam bidang keusahawanan supaya mereka dapat membantu penduduk lain apabila berjaya nanti.

Terdahulu, beliau meluangkan masa selama kira-kira dua jam dengan penduduk Kampung Labi termasuk menyusuri Sungai Padas untuk bertemu penduduk di DUN Lumadan.