Arsenal belum bincang kontrak Lacazette

Lacazette (tengah) ketika cuba melepasi dua pemain West Ham United pada aksi di Stadium Emirates.
Lacazette (tengah) ketika cuba melepasi dua pemain West Ham United pada aksi di Stadium Emirates.
A
A
A

MIKEL Arteta mendedahkan Arsenal masih belum mengadakan sebarang rundingan dengan Alexandre Lacazette mengenai kontrak baharu pemain The Gunners itu.

Biarpun begitu bekas penolong Pep Guardiola di Manchester City itu sebelum ini mengakui dia mahu Lacazette kekal di Emirates kerana pemain berkenaan sebahagian daripada perancangan transformasinya di kelab tersebut.

“Pada masa ini kami belum memulakan sebarang rundingan kerana tumpuan sepenuhnya diberikan terhadap pasaran perpindahan pemain kali ini.

“Sejujurnya Lacazette antara pemain penting dan sering mendapat kepercayaan kelab ini sejak saya tiba Disember lalu. Namun itu tidak menghentikan sebarang spekulasi penghijrahannya.

“Kami tahu bahawa mana-mana pemain yang berada di bawah kontrak dua tahun kebiasaannya akan selalu menjadi perhatian kelab lain,” katanya.

Tonggak Perancis berusia 29 tahun itu memasuki dua tahun terakhir kontraknya di Emirates Stadium menjadi perhatian kelab La Liga, Atletico Madrid dan jagoan Serie A, Juventus.

Lacazette meneruskan permulaan momentum positif Arsenal ketika membantu The Gunners melakar kemenangan 2-1 ke atas West Ham United pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Emirates.

Namun sebelum itu Lacazette turut menyumbang satu gol ketika menjinakkan Fulham pada aksi pembuka tirai liga di Craven Cottage minggu lalu.

Artikel Berkaitan:

Mengenai aksi menentang The Hammers, Arteta mengakui Arsenal tidak berada di tahap terbaik ketika menentang West Ham, tetapi gembira pemain-pemain mendapatkannya meraih ketiga mata dan mengekalkan permulaan sempurna musim ini.

“Saya gembira dengan tiga mata, namun seperti saya katakan sebelum perlawanan bahawa West Ham United adalah lawan sukar sukarnya berdasarkan cara mereka bermain.

“Kami pula menjadikannya lebih sukar dalam 15 minit pertama apabila sejumlah penguasaan bola berpihak lawan selain memberi ruang terbuka untuk mereka.

“Biarpun begitu saya gembira kami menemui masa yang tepat dan terus bersaing dengan momentum yang baik dalam 25 minit terakhir. Apapun, masih banyak perkara yang kita perlukan untuk menjadi lebih baik,” katanya.