Hakim mohon maaf kerana minta wanita tanggalkan hijab

Seorang hakim meminta maaf kerana enggan mendengar kes kereta milik seorang wanita dari Montreal yang dirampas kerana dia memakai hijab pada tahun 2015. - Foto AFP
Seorang hakim meminta maaf kerana enggan mendengar kes kereta milik seorang wanita dari Montreal yang dirampas kerana dia memakai hijab pada tahun 2015. - Foto AFP
A
A
A

MONTREAL - Seorang hakim di Quebec, Kanada yang enggan membicarakan kes seorang wanita dari Montreal kerana dia memakai hijab akhirnya meminta maaf berhubung kejadian tersebut, lapor CBC News pada 8 September lalu.

Menurut portal berkenaan, hakim berkenaan bertindak memohon maaf selepas lebih lima tahun kes tersebut berlaku.

Dalam satu pendengaran di sebuah mahkamah baru-baru ini, seorang peguam Majlis Majistret Quebec membacakan permohonan maaf hakim Eliana Marengo itu terhadap wanita tersebut, Rania El-Alloul.

Menerusi kenyataan itu, Marengo menyatakan dia maklum kesilapannya ketika meminta Rania menanggalkan hijabnya dan berasa kesal terhadap ketidakselesaan wanita tersebut.

Katanya, dia tidak pernah berhasrat untuk tidak menghormati Rania.

Rania El-Alloul - Foto Majlis Mulim Kanada Kebangsaan
Rania El-Alloul - Foto Majlis Mulim Kanada Kebangsaan

Marengo berkata, sebaliknya, ketika itu, dia menganggap hijab itu adalah sama seperti topi atau cermin mata yang dipakai di dalam kamar mahkamah.

Rania kemudian membacakan kenyataannya dan menerima permohonan maaf hakim tersebut.

Artikel Berkaitan:

"Saya berharap, dia memahami 'kesakitan' yang telah dilakukan ke atas saya (berikutan keputusan memintanya menanggalkan hijab)," katanya.

Pada Februari 2015, Rania cuba untuk mendapatkan balik kenderaannya selepas keretanya dirampas oleh sebuah lembaga insurans tetapi hakim tersebut berkata: "Pada pandangan saya, anda tidak memakai pakaian yang sesuai." - Agensi