X

Kindly register in order to view this article
!

Kerbau Mowgli Malaysia mati kerana hawar berdarah

Kematian 36 ekor kerbau milik Muhammad Syukor sejak Rabu lalu disyaki disebabkan penyakit hawar berdarah atau Heamoragic Septicaemia (HS). (Gambar kecil: Dr Mohd Termizi)
A
A

KUALA TERENGGANU – Kematian 36 ekor kerbau milik Muhammad Syukor Khamis atau lebih dikenali sebagai ‘Mowgli Malaysia’ sejak Rabu lalu disyaki disebabkan penyakit hawar berdarah atau Heamoragic Septicaemia (HS).

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu, Dr Mohd Termizi Ghazali berkata, kesimpulan itu dibuat berdasarkan tanda klinikal pada bangkai haiwan berkenaan menjurus kepada penyakit HS.

“Tidak ada tanda haiwan ini diracun dan berdasarkan simptom yang ditunjukkan kerbau yang mati ini disebabkan HS apatah lagi di beberapa tempat lain berhampiran juga ada kes jangkitan berkenaan.

“Sampel darah kerbau yang mati ini sudah dihantar ke makmal dan keputusan rasmi dijangka diketahui tidak lama lagi,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: 36 kerbau Mowgli Malaysia mati bergelimpangan

Menurut Dr Mohd Termizi, kes HS pertama mula dilaporkan pada 9 Ogos lalu di Kampung Tuman Jerong, Marang melibatkan kematian mengejut 22 ekor kerbau dan 15 lembu milik 13 penternak.

Beliau berkata, kes terbaharu pula pada Sabtu lepas melibatkan seorang penternak di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu apabila tujuh ekor kerbau miliknya ditemui mati secara tiba-tiba.

Sehubungan itu katanya, JPV Terengganu telah menjalankan operasi memberi vaksin kepada haiwan ternakan bagi mengekang penularan wabak berkenaan.

“Sejak 30 Ogos lalu, kita sudah memberi vaksin kepada 675 ekor lembu dan 58 kerbau milik 106 penternak melibatkan 12 kampung di negeri ini bagi memastikan haiwan mereka tidak dijangkiti HS,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!