Sultan Selangor berkenan beli trofi Kasut Emas Khalid

Sultan Selangor berkenan membeli trofi Kasut Emas milik Khalid pada harga yang dipersetujui kedua-dua pihak. Foto: Ihsan FB Selangor Royal Office
Sultan Selangor berkenan membeli trofi Kasut Emas milik Khalid pada harga yang dipersetujui kedua-dua pihak. Foto: Ihsan FB Selangor Royal Office
A
A
A

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan membeli trofi Kasut Emas bekas pemain kebangsaan, Khalid Jamlus.

Melalui hantaran di laman Facebook Selangor Royal Office hari ini, Kasut Emas tersebut dikatakan dibeli pada satu nilai yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Difahamkan, satu majlis ringkas bagi penyerahan trofi kasut berkenaan turut berlangsung di Istana Alam Shah, Klang.

Trofi Kasut Emas yang dimenangi Khalid pada tahun 2002 itu juga akan diletakkan di Muzium Galeri Bola Sepak Selangor yang terletak di pekarangan Istana Alam Shah.

Nama Khalid yang kini dijulang sebagai antara pemain legenda Perak sebelum ini ‘meletup’ selepas beliau bertindak melelong beberapa barangan istimewa miliknya termasuk jersi, medal dan poster.

Begitupun, Khalid pantas menafikan ‘cakap-cakap belakang’ yang mengatakan beliau bertindak sedemikian hanya semata-mata mahu meminta belas simpati orang ramai.

Khalid berkata, niat asalnya ‘melepaskan’ beberapa barangan itu yang dianggap mempunyai nilai sentimental tersendiri lebih kepada menampung urusan perbelanjaannya sekeluarga.

Artikel Berkaitan: