Air pasang: 11 kawasan di Klang dijangka terlibat

Sebanyak 11 kawasan di Klang dijangka terlibat fenomena air pasang. Gambar hiasan.
Sebanyak 11 kawasan di Klang dijangka terlibat fenomena air pasang. Gambar hiasan.
A
A
A

KLANG - Majlis Perbandaran Klang (MPK) bersiap sedia menghadapi fenomena air pasang yang dijangka melanda 11 kawasan di daerah ini.

Timbalan Pengarah Penguat kuasa MPK, Sharul Hazri Abdul Majid berkata, pihaknya menempatkan anggota untuk bertugas di kawasan terlibat.

"Kawasan terlibat ialah Kampung Tok Muda, Sungai Pinang Pulau Indah, Pandamaran, Pelabuhan Klang, Kampung Sungai Serdang, Ban Sementa, Ban Sungai Keramat, Kampung Perempat, Pelabuhan Utara, Telok Gong dan Pulau Ketam.

"Kita tempatkan anggota yang akan bertugas selama 24 jam dengan melibatkan tiga syif dan setiap syif terdapat dua pasukan," katanya selepas taklimat cadangan pembinaan Persimpangan Bertingkat di Jalan Meru kepada penduduk Bandar Bukit Raja, Klang bertempat di Dewan Hamzah, MPK, hari ini.

Katanya, setakat ini terdapat empat pusat pemindahan sebagai persediaan menghadapi fenomena air pasang.

"Antaranya Dewan Serbaguna Kampung Sungai Serdang, Sekolah Rendah Agama Kampung Batu 4 Jalan Kapar, Dewan Kompleks Sukan Pandamaran dan Dewan Serbaguna MPK Pelabuhan Klang.

"Kita telah maklumkan kepada penduduk supaya sentiasa waspada terutama pada 19 dan 20 September ini," katanya.

Artikel Berkaitan: