Dairy Farm perkenal jenama Meadows

Produk Meadows boleh didapati secara eksklusif di rangkaian pasar raya Giant, Cold Storage, Mercato, TMC, G-Ekspres dan ShopSmart di seluruh negara.
Produk Meadows boleh didapati secara eksklusif di rangkaian pasar raya Giant, Cold Storage, Mercato, TMC, G-Ekspres dan ShopSmart di seluruh negara.
A
A
A

DAIRY Farm Group memperkenalkan secara rasmi jenama Meadows di pasaran Malaysia yang boleh didapati secara eksklusif di rangkaian pasar raya Giant, Cold Storage, Mercato, TMC, G-Ekspres dan ShopSmart di seluruh negara.

Pengarah Pemasaran (Makanan) Dairy Farm Group bagi Asia Tenggara, Lee Yik Hun berkata, jenama eksklusif Dairy Farm itu menawarkan rangkaian produk segar, berkualiti serta sedap pada harga berpatutan.

Menurutnya, produk Meadows dijangka mendapat sambutan ramai berdasarkan pada kualiti, nilai dan persembahannya.

“Produk Meadows dibuat daripada ramuan terbaik dan paling lazat yang mana sumbernya datang dari ladang ternama di seluruh dunia selain turut melalui ribuan ujian rasa bersama pengguna,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata, maklum balas pelanggan terhadap produk Meadows amat positif dan syarikat itu kini menyasarkan untuk memperkenalkan lebih banyak produk pada masa akan datang.

“Meadows adalah jenama yang boleh dipercayai dan ditawarkan pada harga terbaik,” katanya.

Untuk maklumat lanjut mengenai rangkaian produk Meadows boleh melayari http://m-meadows.com/.

Artikel Berkaitan: