Kanak-kanak tiga tahun tersepit celah pagar

Anggota JBPM sedang berusaha mengeluarkan kepala kanak-kanak yang tersangkut di celah jeriji rumah berkenaan.
Anggota JBPM sedang berusaha mengeluarkan kepala kanak-kanak yang tersangkut di celah jeriji rumah berkenaan.
A
A
A

PUCHONG - Anggota bomba menyelamatkan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun selepas kepalanya tersangkut pada jeriji pintu dalam satu kejadian yang berlaku di sekitar Bandar Puchong Jaya, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, bomba menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 1.03 tengah hari dan sepasukan anggota bergegas ke lokasi.

"Anggota berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan kaedah meregang jeriji pagar berkenaan menggunakan sprader," katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Norzam, tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku susulan daripada kejadian itu dan mangsa turut tidak mengalami sebarang kecederaan.

-

Artikel Berkaitan: