Polis buru lelaki tipu jual bijih besi

Iklan
Superintendan Mohd Wazir

KUANTAN - Polis memburu seorang lelaki berusia 50 tahun kerana disyaki menipu seorang peniaga membabitkan kerugian RM250,00 dalam urusan jual beli bijih besi, tujuh tahun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa seorang peniaga berusia 53 tahun mendakwa berurusan dengan suspek pada pertengahan 2013 dalam pembelian bijih besi di Dungun.

Iklan
Iklan

"Mangsa mendakwa selepas membuat semua pembayaran sebanyak RM250,000.00 kepada suspek seperti yang dijanjikan dalam perjanjian, mangsa mendapati bijih besi tersebut tidak wujud sekali gus mengingkari perjanjian.

"Mangsa cuba menghubungi suspek tetapi suspek sentiasa mengelak lalu mangsa datang ke balai buat laporan," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Iklan

Mohd Wazir berkata, polis mengambil rakaman percakapan mangsa serta butiran suspek dan siasatan awal mendapati sebanyak 13 laporan polis turut dibuat terhadap suspek sama.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Iklan