Polis tubuh pasukan khas siasat pencemaran bau
Iklan
KUALA LUMPUR - Polis menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat pencemaran bau di kawasan perindustrian Sungai Gong, Rawang yang mengakibatkan hampir 1.2 juta akaun pengguna di Lembah Klang terjejas.
Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, pasukan tersebut ditubuhkan semalam selepas pihaknya menerima dua laporan berhubung kejadian tersebut.