Demi selamatkan TRW

Iklan
Husin berharap Norizam dapat menyediakan perancangan terbaik bagi memastikan masa depan TRW lebih terjamin.

KOTA BHARU - Tindakan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) menjual pemilikan pasukan Kelantan menerusi pegangan saham Team Red Warrios Sdn Bhd kepada usahawan burger dan pakar pelaburan, Norizan Tukiman atau Zamburger merupakan langkah terbaik menyelamatkan masa depan skuad itu.

Setiausaha Agung Kafa, Husin Deraman berkata, langkah tersebut akan membolehkan The Red Warriors (TRW) terus kekal bersaing di Liga Malaysia (Liga M) tahun berikutnya.

Iklan
Iklan

"Saya berharap Norizam dapat menyediakan perancangan terbaik bagi memastikan masa depan TRW lebih terjamin selepas ini.

"Bukan itu sahaja, saya juga berharap beliau dapat mengotakan janji untuk mengembalikan semula zaman kegemilangan pasukan,” katanya pada Majlis Penswastaan Kelab Bola Sepak TRW Kelantan FC di sini hari ini.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Zamburger beli TRW RM6.8 juta

Menurutnya, beliau optimis TRW masih lagi mempunyai ‘aura’ dan mampu melakukan kejutan dalam baki saingan Liga Premier selepas ini.

Iklan

Katanya, beliau berharap barisan pengurusan baharu dan pemain memberikan yang terbaik demi TRW.

"Melihat kepada ramuan yang ada (pemain), Kelantan mampu melangkah lebih jauh dalam saingan liga," katanya.