Pasar Segar Terkawal

Iklan

Ketua isi rumah keluar membeli barangan keperluan di Pasar Segar Terkawal (PST) Kawasan Amanjaya yang diadakan di pekarangan Surau An Nur (Zon Mawar) dan berhampiran pintu 2 English Country Homes (Zon Kenanga) hari ini.

Usaha Fama Daerah Kuala Muda mewujudkan Pasar Segar Terkawal di Kawasan Amanjaya ini bagi membekalkan hasil pertanian dan barangan makanan kepada penduduk Amanjaya yang terjejas akikat Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Secara Pentadbiran (PKPDP) Pasar Segar Terkawal Zon Mawar akan beroperasi pada setiap Rabu dan Sabtu dari jam 8 pagi sehingga 11.30 pagi manakala di Zon Kenanga beroperasi pada setiap Selasa dan Jumaat. - Foto Bernama

Iklan
Iklan