Gotong-royong bersihkan pantai

Iklan
Dua anggota tentera sedang mengutip sampah di Teluk Ketapang pada Sabtu. - FOTO: Bernama

KUALA NERUS - Anggota 18 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) menyertai Program Terengganu Bersih sempena Hari Cuci Malaysia 2026 di Teluk Ketapang pada Sabtu. 

Kira-kira 1,000 peserta menyertai program yang bermula 7.30 pagi itu, melibatkan warga Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu, Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Nerus, pelajar serta komuniti setempat.

Iklan
Iklan

Program itu bertujuan membudayakan amalan kebersihan, menggalakkan semangat gotong-royong serta meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap pengurusan sisa secara bertanggungjawab.