JAS Perak keluar kompaun lebih RM610,000
Iklan
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri Perak Ahmad Saidi Mohamad Daud (tiga,kiri) memantau pelepasan asap lori pada majlis Penutupan Ops Gempur Zon Utara dan Ops Gerak JAS Perak Tahun 2020 di Hentian Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Arah Utara Gopeng hari ini. Turut sama Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak, Rosli Zul (dua,kiri). Foto: Bernama
GOPENG - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak mengeluarkan sebanyak 305 kompaun bernilai RM610,000 atas pelbagai pelanggaran peraturan sepanjang dua hari Ops Gempur Zon Utara yang bermula Isnin lalu.
Pengarah JAS Perak Rosli Zul berkata, kompaun yang dikeluar melibatkan pelbagai kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005, antaranya pembuangan toksik berbahaya dan pelepasan ke udara yang tidak mengikut piawaian.
Iklan
Iklan
Katanya sepanjang tempoh itu, sebanyak 54 premis dari beberapa kawasan perindustrian di Perak diperiksa dan hasilnya 46 arahan di lapangan dikeluarkan.
"Selain itu 47 notis arahan, 305 kompaun, dan dua kertas siasatan dikeluarkan, sepanjang dua hari pemeriksaan tersebut.
Iklan
"Fokus operasi kali ini adalah industri yang telah lama tidak diperiksa, kebanyakannya pada 2011,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian penutupan Ops Gempur Zon Utara dan Ops Gerak JAS 2020, di hentian RTC Gopeng arah utara di sini hari ini oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak Ahmad Saidi Mohamad Daud.
Mengulas mengenai Ops Gerak JAS 2020 Ahmad Saidi berkata, ia dilaksanakan secara bersepadu melibatkan 135 penguatkuasa daripada lapan agensi kerajaan, termasuk Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Iklan
Katanya sepanjang operasi yang dijalankan bermula Selasa lalu hingga hari ini, pelbagai kesalahan direkodkan, antaranya kesalahan melibatkan dadah dan pembacaan kandungan asap tinggi kenderaan.
"Dalam operasi ini, JAS mengeluarkan 16 kompaun, polis (99 saman), JPJ (18 saman) dan AADK menahan 2 orang,” katanya. - Bernama
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pihak sekolah telah melaksanakan prosedur ditetapkan serta mengadakan perbincangan bersama keluarga mangsa berhubung kes buli serta dakwaan murid dipukul guru yang berlaku di Chemor dan Pengkalan Hulu.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Datuk Khairudin Abu Hanipah berkata, kedua-dua kes berkenaan bagaimanapun diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut susulan laporan yang dibuat pihak terbabit.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/799864/edisi/perak/kes-buli-dakwaan-murid-dipukul-guru-ppd-laksana-prosedur-ditetapkan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.