Cermin tiga kenderaan bapa Jins Shamsudin dipecahkan
Iklan
Cermin sisi kerusi depan penumpang Proton Wira yang turut dipecahkan suspek. Cermin hadapan lori milik bapa mangsa yang dipecahkan individu tidak dikenali pagi tadi.
BATU CAVES - Cermin tiga kenderaan milik seorang penduduk di rumah panjang Sungai Kertas di sini dipecahkan individu tidak dikenali dalam kejadian pagi tadi.
Anak mangsa, Jins Shamsudin Jailani, 29, berkata, kereta jenis Proton Wira, teksi jenis Nissan Serena dan lori Toyota Hiace milik bapanya dipecahkan di bahagian hadapan dan sisi kira-kira jam 5.30 pagi.
Iklan
Iklan
Menurutnya, kejadian tersebut disedari abang iparnya yang terdengar bunyi bising di luar rumah dan melihat beberapa individu tidak dikenali sedang memecahkan cermin salah satu kenderaan.
"Suspek dilihat seperti dalam keadaan mabuk sedang memecahkan cermin sisi di kerusi depan penumpang, Proton Wira sebelum beredar.
Iklan
"Kejadian tersebut turut disedari orang awam yang kebetulan menunggang motosikal melalui lokasi namun tidak sempat melihat nombor pendaftaran kereta yang dinaiki suspek," katanya.
Katanya, laporan polis dibuat oleh bapanya atas faktor keselamatan dan untuk tindakan lanjut pihak polis.
Iklan
"Keluarga kami tidak pasti kejadian itu disebabkan unsur khianat atau masalah lain kerana hanya kenderaan kami dirosakkan, namun tiada barang yang hilang.
"Kami risau juga dengan keselamatan, kami harap pelaku ditangkap dan diambil tindakan sewajarnya," katanya.
Terdahulu kejadian tersebut dikongsi di Facebook, Diana Hassan iaitu isteri mangsa yang menunjukkan cermin tiga kenderaan milik suaminya dipecahkan.
"Kes teruk dan kali ini kenderaan kami dipecahkan cermin. Tak tahu sebabnya, kami di sini tidak selamat lagi," tulis Diana di status Facebook miliknya.
Kerajaan Selangor mengambil langkah awal untuk menamatkan sepenuhnya kaedah penternakan babi secara tradisional di Tanjung Sepat, Kuala Langat yang terbukti mencetuskan pencemaran, sebelum beralih kepada konsep penternakan moden yang diusahakan oleh pihak swasta.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pendekatan itu selari dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mahu isu pencemaran akibat aktiviti penternakan di Tanjung Sepat, Kuala Langat ditangani segera.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/763821/edisi/selangor-kl/selangor-tutup-kaedah-penternakan-babi-tradisional-cemar-sungai-alam-sekitar---amirudin
Muzik: Elevate dari www.bensound.com