Nelayan hilang selepas bot langgar kayu
Iklan
Anggota bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat lelaki yang dikhuariti hilang di Sungai Deraka hari ini. - Foto JBPM Perak.
TAIPING - Seorang nelayan dikhuatiri lemas selepas bot dinaiki bersama rakannya hilang kawalan akibat melanggar objek dipercayai kayu di Sungai Deraka, Kuala Sepetang di sini hari ini.
Mangsa dikenali sebagai Pian berusia 30-an bersama rakannya berusia 23 tahun pergi ke sungai tersebut kira-kira jam 10.30 pagi untuk mengangkat bubu.
Iklan
Iklan
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, berdasarkan maklumat awal yang diterima, bot mereka dipercayai melanggar objek menyebabkan hilang kawalan.
"Mereka berdua terjatuh dari bot, namun rakannya selamat manakala mangsa tidak ditemui. Rakannya bertindak membuat laporan polis kerana bimbang keselamatan mangsa.
Iklan
"Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping kemudian memaklumkan kepada anggota Polis Marin Kuala Kurau, Balai Bomba dan Penyelamat Taiping dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM),” katanya.
Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa digerakkan dan setakat ini, mangsa masih belum ditemui.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kes buli, dakwaan murid dipukul guru: PPD laksana prosedur ditetapkan"><meta itemprop="description" content="Kes buli, dakwaan murid dipukul guru: PPD laksana prosedur ditetapkan
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pihak sekolah telah melaksanakan prosedur ditetapkan serta mengadakan perbincangan bersama keluarga mangsa berhubung kes buli serta dakwaan murid dipukul guru yang berlaku di Chemor dan Pengkalan Hulu.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Datuk Khairudin Abu Hanipah berkata, kedua-dua kes berkenaan bagaimanapun diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut susulan laporan yang dibuat pihak terbabit.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/799864/edisi/perak/kes-buli-dakwaan-murid-dipukul-guru-ppd-laksana-prosedur-ditetapkan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #dakwaanbuli"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-10T04:37:08.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P97S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbkofdm"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbkofdm"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbkofdm"></script>