Covid-19: Sebuah masjid dan surau di Kuala Nerus ditutup
Iklan
Dr Nor Azimi Yunus
KUALA TERENGGANU – Sebuah masjid dan satu surau di Kuala Nerus ditutup selama empat hari bermula semalam untuk disinfeksi dan nyah kuman berikutan dikunjungi individu dalam ujian pengesahan koronavirus (Covid-19).
Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus berkata, pihaknya menerima makluman satu kes disyaki Covid-19 melibatkan seorang lelaki berusia 30-an pada 18 Ogos lalu namun masih dalam proses ujian pengesahan di makmal.
Iklan
Iklan
Menurutnya, individu tidak bergejala itu mempunyai sejarah pulang bercuti ke negeri ini dan sepanjang berada di Terengganu pada 30 Julai hingga 15 Ogos, individu itu telah menziarahi sanak saudara dan kenalan rapat di beberapa lokasi.
"Walaupun pengesahan kes masih berjalan, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) telah membuat pengesanan, pengasingan dan ujian saringan ke atas kontak rapat beliau.
Iklan
"Kita juga akan menjalankan proses disinfeksi ke atas surau dan masjid yang dikunjunginya dan mengesyorkan ditutup kepada umum sehingga keputusan ujian pengesahan beliau dan ujian makmal semua kontak diperoleh,” katanya dalam satu kenyataan.
Dr Nor Azimi berkata, orang ramai tidak perlu panik dengan situasi berkenaan kerana langkah itu sebagai tindakan awal yang proaktif bagi mencegah dan mengawal penularan Covid-19.
Iklan
"Masyarakat diminta terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) setiap masa dan tempat selain membudayakan amalan disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mencegah Covid-19,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tapak pelupusan sampah terbakar, diselubungi asap tebal" /><meta itemprop="description" content="Tapak pelupusan sampah terbakar, diselubungi asap tebal
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Pengguna jalan raya dinasihatkan lebih berwaspada ketika melalui kawasan pelupusan sampah Kampung Sungai Ikan, Kuala Terengganu yang terbakar kerana jarak penglihatan di situ agak terhad, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Situasi bertambah buruk setelah kawasan tersebut dilanda hujan sekitar jam 1 tengah hari pada Sabtu menyebabkan laluan jalan raya bersebelahan kawasan kebakaran itu diselubungi asap tebal.
Tinjauan mendapati pengguna jalan raya terpaksa menyalakan lampu dan memperlahankan kenderaan ketika melalui kawasan tersebut.
Seorang peniaga, Hanisah Shafie, 48, berkata, kawasan itu diselubungi asap tebal selama hampir 20 minit sebaik ia dibasahi hujan kira-kira jam 12.50 tengah hari.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662859/Tapak-pelupusan-sampah-terbakar,-diselubungi-asap-tebal
#SinarHarian #beritasemasa #pelupusansampah terbakar #kualaterengganu" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-05-04T10:14:25.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/WEqm61cDWg1raoGSA/x120" /><meta itemprop="duration" content="P104S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x8xyarq" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x8xyarq"></script>
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Peniaga kongsi rezeki jual siakap 70 sen seekor" /><meta itemprop="description" content="Peniaga kongsi rezeki jual siakap 70 sen seekor
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Peniaga hasil laut di Kampung Batu Hampar dekat Manir di sini berkongsi rezeki bersama pelanggan dengan menjual sebanyak 4,000 ikan siakap pada harga 70 sen setiap seekor, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim
Sabran Muzaffar Semlee, 28, berkata, jualan murah itu dilakukan bagi membantu golongan kurang berkemampuan untuk sama-sama menikmati sumber protein tersebut.
Menurutnya, gerai jualan itu mula diserbu seawal jam 6.30 pagi oleh pelanggan yang ingin mendapatkan harga yang ditawarkan RM2 bagi tiga ekor ikan.
Sabran Muzaffar berkata, jualan tersebut akan diteruskan pada masa akan datang sekiranya sambutan diterima memberangsangkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662802/Peniaga-kongsi-rezeki-jual-siakap-70-sen-seekor
#SinarHarian #beritasemasa #siakap70sen #kualaterengganu" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-05-04T08:36:07.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/WEp8C1cDVDt67F3Pk/x120" /><meta itemprop="duration" content="P191S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x8xy5n0" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x8xy5n0"></script>