Pelajar dekati usaha pemuliharaan dan konservasi penyu di Kijal

Iklan
Sukarelawan G3 bergambar bersama pelajar dan guru SMK Badrul Alam Shah pada akhir program pemuliharaan penyu Genting Bersama Malaysia di Resorts World Kijal

KEMAMAN – Pendedahan secara langsung kepada usaha pemuliharaan penyu dan penjagaan ekosistem pantai penting bagi memupuk kesedaran generasi muda terhadap tanggungjawab melindungi hidupan marin.

Kesedaran itu diterapkan menerusi Program Pemuliharaan dan Konservasi Penyu selama dua hari anjuran Resorts World Kijal (RWK) dengan penyertaan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Badrul Alam Shah, Kemasek, Terengganu, baru-baru ini.

Iklan
Iklan

Program berkenaan menghimpunkan pelajar, sukarelawan Genting Green Generation (G3) dan komuniti setempat bagi meningkatkan pengetahuan mengenai kepentingan pemuliharaan penyu serta ancaman pencemaran terhadap habitat hidupan laut.

Pelajar SMK Badrul Alam Shah bersedia untuk melepaskan anak penyu ke laut di Resorts World Kijal.

Iklan

Antara pengisian program ialah taklimat mengenai kitaran hidup penyu, pencemaran marin, kepelbagaian biologi dan langkah pemuliharaan hidupan laut yang disampaikan oleh pihak RWK.

Pelajar turut menyertai aktiviti pelepasan anak penyu di Pantai Kijal pada hari pertama bagi memberi pengalaman secara langsung mengenai usaha melindungi spesies marin berkenaan.

Iklan

Aktiviti berkumpulan bertemakan alam sekitar turut diadakan bagi menggalakkan kreativiti dan meningkatkan pemahaman peserta tentang kepentingan mengekalkan keseimbangan ekosistem.

Naib Presiden Eksekutif Jualan, Pemasaran dan Perhubungan Awam Genting Malaysia Berhad, Spencer Lee berkata, pendedahan secara langsung penting untuk membentuk kesedaran serta rasa tanggungjawab generasi muda terhadap alam sekitar.

“Usaha pemuliharaan bermula dengan kesedaran sebelum disusuli tindakan. Melalui perkongsian ilmu dan pengalaman secara langsung, kami berharap dapat memupuk rasa tanggungjawab berpanjangan terhadap hidupan marin Malaysia,” katanya.

Menurutnya, pengalaman berkenaan diharap dapat mendorong pelajar menjadi pendukung usaha pemuliharaan alam sekitar, bukan sahaja di sekolah, malah dalam keluarga dan komuniti masing-masing.

Pada hari kedua, peserta menyertai aktiviti pembersihan pesisir Pantai Kijal yang berjaya mengumpulkan sebanyak tiga tan sisa, sekali gus menunjukkan skala pencemaran yang perlu ditangani melalui tindakan bersama.

Jumlah kutipan itu lebih tinggi berbanding tahun-tahun sebelumnya, mencerminkan penglibatan peserta dalam usaha membersihkan kawasan pantai dan mengurangkan pencemaran marin.

Aktiviti berkenaan turut memberi peluang kepada pelajar melihat sendiri kesan pembuangan sampah terhadap habitat hidupan laut, selain memahami kepentingan mengamalkan gaya hidup yang lebih bertanggungjawab.

Usaha menjaga persekitaran pantai diteruskan menerusi aktiviti penanaman pokok sebagai sebahagian daripada pendekatan memupuk keprihatinan terhadap kelestarian alam sekitar.

Program itu diakhiri dengan majlis penghargaan kepada pihak sekolah dan sukarelawan atas kerjasama yang diberikan, selain penyampaian sijil kepada pelajar yang mengambil bahagian.

Inisiatif berkenaan dilaksanakan di bawah platform Genting Bersama Malaysia dengan penekanan terhadap pendidikan alam sekitar dan penglibatan komuniti dalam aktiviti pemuliharaan.

Penglibatan sukarelawan G3 bersama pelajar dan masyarakat setempat turut membuka ruang kepada kerjasama lebih meluas dalam membudayakan amalan lestari serta menjaga kebersihan kawasan pesisir.

Sejak program konservasi penyu tahunan itu bermula pada 2024, lebih 7,000 anak penyu telah dilepaskan dengan penglibatan lebih 20,000 tetamu RWK serta sokongan komuniti setempat, manakala usaha seterusnya diteruskan bagi mengatasi rekod pelepasan 3,065 anak penyu yang dicatatkan pada 2025.