Mindmatics perkenal sistem CS3, Prima

Iklan
Dr Abd Rahim (kiri) bersama Ketua Jurutera Mindmatics, Dr. Mohd Nizam Mazenan (tengah) dan jurutera Mindmatics, Mohd Yazid Ab Razak menunjukkan sistem keluaran Mindmatics yang dikenali sebagai CS3 dan PRIMA.

MINDMATICS Sdn Bhd (Mindmatics) melancarkan dua produk sistem pengurusan perintah dan kawalan operasi digital baharu yang dikenali sebagai CS3 dan Prima.

Pengarah Operasi dan Teknikal Mindmatics, Dr Abdul Rahim Mat Sidek berkata, sistem CS3 itu dapat membantu pelbagai pihak, terutamanya unit berunifom seperti tentera, bomba, polis dan pihak berkuasa lain ketika menjalankan operasi khas seperti pengurusan bencana serta operasi mencari dan menyelamat.

Iklan
Iklan

"Sistem ini juga boleh diguna pakai sebagai platform perhubungan langsung antara masyarakat dengan pihak berkuasa dalam menyalurkan maklumat penting seperti kerosakan fasiliti awam, jalan berlubang mahupun insiden kemalangan.

"Ia dilengkapi dengan keupayaan sistem pengelasan dan analisa maklumat, pengurusan peta, pelaporan digital dengan keupayaan untuk disepadukan dengan teknologi AI dan Big Data” katanya pada majlis pelancaran sistem berkenaan di Shah Alam, Selangor semalam.

Iklan

Menyedari keperluan pihak berkuasa dalam menjalankan tugasan kritikal, Mindmatics juga memperkenalkan sistem kabin mudah alih Prima.

Katanya, kabin yang dibangunkan mengikut standard piawaian antarabangsa itu boleh dibawa ke lokasi kejadian dan bertindak sebagai pusat operasi.

Iklan

"Dengan adanya kabin mudah alih yang dilengkapi dengan sistem pengurusan ‘perintah & kawalan’ operasi digital CS3, pihak terbabit mampu mengendalikan operasi dengan lebih bersepadu dan berkesan,” katanya.