UMNO jangan cepat beri gembira
Iklan
Zaidy
SEREMBAN - UMNO diminta jangan cepat gembira dengan persetujuan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyertai Muafakat Nasional memandangkan terdapat dakwaan respon daripada akar umbi kurang memberangsangkan.
Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan, Datuk Zaidy Abdul Kadir berkata, sebaliknya kepimpinan parti perlu mengambil pandangan daripada ahli akar umbi yang sentiasa bersama ketika susah dan senang.
Iklan
Iklan
"Pemuda UMNO Negeri Sembilan setuju dengan kenyataan Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan yang parti menerima respon kurang baik daripada akar umbi. Rata-rata tidak bersetuju.
"Bagi saya respon pemimpin akar umbi itu bukanlah kerana mereka terlalu ego tetapi ia berdasarkan kepada situasi politik semasa yang memaksa mereka untuk tidak menerimanya," katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian hari ini.
Iklan
Oleh sebab itu katanya, penting untuk kepimpinan UMNO memberi penerangan kepada ahli parti.
Bagaimanapun katanya, Pemuda UMNO Negeri Sembilan bersifat terbuka jika penyertaan Bersatu dalam Muafakat Nasional dibuat dengan syarat dan perjanjian yang dipersetujui bersama.
Iklan
"Kami sentiasa terbuka. Tapi berjaga-jagalah dalam menilai persahabatan. Beringatlah pada maksud kata bidalan iaitu"gadai terdorong ke pajak, sehari sebulan juga.
"Telah terbukti UMNO mampu menjadi rakan yang setia. Buktinya adalah Barisan Nasional. Tidak kira semasa susah atau senang, UMNO tetap bersahabat serta setia bersama MCA dan MIC sejak bertahun lamanya," kata beliau lagi.
Tambah beliau, perbincangan secara baik perlu dilakukan, tetapi ia bukan bermakna mengambil mudah dalam persahabatan.
"Ketahuilah bahawa apa jua keputusan yang diambil, perjuangan terhadap agama, bangsa serta negara haruslah sentiasa menjadi keutamaan UMNO dari dulu kini dan selamanya," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan"><meta itemprop="description" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan
Seorang bekas ejen insurans dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat selepas mengaku bersalah menyalahgunakan wang pelanggannya berjumlah RM150,000, empat tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Hakim Shahrul Rizal Majid menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Zul Ariff Ismail, 39, selepas pertuduhan dibacakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785324/edisi/melaka-ns/seleweng-rm150000-bekas-ejen-insurans-dipenjara-dua-tahun-tiga-sebatan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Seleweng #EjenInsurans #Mahkamah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-26T06:17:31.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P111S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaiy6nu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaiy6nu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaiy6nu"></script>