Persatuan Peranakan Cina Kelantan komited bantu ahli
Iklan
Ahli Jawatankuasa PPCK bergambar bersama semasa menyampaikan sumbangan kepada Quek Eng Sow (empat,kiri) di sini
TANAH MERAH - Persatuan Peranakan Cina Kelantan (PPCK) sentiasa menjaga kebajikan lebih 2,500 ahlinya termasuk mereka yang terlibat dalam kemalangan dan sakit kronik.
Pengerusinya, Lim Kham Hong berkata, untuk tahun ini sahaja, lebih 50 ahli menerima pelbagai sumbangan daripada pihaknya terutama mereka yang terlibat dalam insiden-insiden di luar jangkaan.
Iklan
Iklan
"Untuk tahun ini saja lebih 50 ahli kita bantu, tidak kira di daerah mana, kawasan mana, ceruk kampung pun kita masuk. Apa yang penting kita dapat bantu mereka.
"Apa guna kita menubuhkan persatuan ini jika kita tidak boleh bantu sama-sama kita. Dengan adanya persatuan ini, banyak kebajikan ahli terjaga, inilah yang kita mahu. Satu padu antara masyarakat, kita Cina peranakan, Cina kampung, hidup cara kita," katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.
Iklan
Terdahulu, Kham Hong menyampaikan sumbangan wang tunai kepada bapa kepada seorang lelaki, Quek Teck Leang, 31, yang patah kedua-dua belah kaki selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Gua Musang, pada Mei lalu.
Teck Leang diwakili bapanya itu, Quek Eng Sow memandangkan dia kini masih mendapatkan rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.
Iklan
Mengulas lanjut, Kham Hong memberitahu, bukan hanya sumbangan wang tunai, tetapi pihaknya jugamenyediakan dua buah kerusi roda dan tiga katil pesakit untuk kegunaan ahlinya secara bergilir.
"Bila ada yang sakit, kita bagi apa yang kita ada. Kalau ada yang tidak guna, nanti mereka pulangkan balik kepada kami untuk kegunaan orang lain pula.
"Untuk sumbangan kewangan pula, kita akan kumpul duit daripada semua ahli yang ingin menghulurkan bantuan. Kalau ada sesuatu kes kemalangan, kebakaran dan sebagainya, biro kebajikan kami akan mula buat tabung daripada ahli-ahli yang berkemampuan untuk sama-sama bantu.
"Itulah cara kebajikan kami, supaya susah senang kita bersama. Walaupun ia tidak seberapa, tapi ini cara kami untuk berkongsi rezeki dan sebagainya. Lagipun ia bukan perkara baru, kami turun padang sejak banjir besar dulu dan ia berterusan sampai sekarang," katanya.
"Saya reda."
Demikian kata Seedah Arwae, 51, yang kehilangan anak sulung dan bongsu lelaki dalam satu kemalangan maut melibatkan tiga mangsa di Kilometer 90, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhampiran Bukit Bauk, Terengganu pada Ahad, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa Mohamad Zulkefli Ishak, 32, yang merupakan anak sulung daripada lima beradik dan isteri, Norshila Zali, 36, maut di lokasi kejadian.
https://www.sinarharian.com.my/article/802002/edisi/kelantan/saya-rapat-dengan-mereka---wanita-reda-hilang-anak-sulung-bongsu-sekali-gus
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.