Wan Ahmad Fayhsal (duduk di tengah) bercakap pada sidang akhbar hari ini selepas tamat pemilihan barisan kepimpinan Armada semalam di Ibu Pejabat Bersatu Menara Yayasan Selangor Petaling Jaya. Turut hadir, Naib Ketua Armada, Ceasar Mandela Malakun (duduk di kiri) dan Ketua Armada Sepanggar, Abqaree Fawwaz Abekan (duduk di kanan). - Foto Bernama
Beliau berkata, Armada juga akan menyumbang ke arah pengukuhan parti dan sebagai persediaan awal untuk menghadapi pilihan raya umum (PRU) khususnya dalam mendapat sokongan dan memenuhi aspirasi anak muda, dan menurutnya beliau yakin sayap pemuda pimpinannya bersih, tiada ‘parasit’ dan setia kepada parti.
Sementara itu, Wan Ahmad Fayshal berkata, Armada akan mengadakan perbincangan dengan pimpinan muda sayap UMNO dan Pas berkenaan kerangka besar Muafakat Nasional (MN).
"Dari segi umur, memang kami muda, semuanya berumur 35 tahun ke bawah. Kami mungkin baharu jika dibandingkan sayap pemuda lain. Itu adalah cabaran utama kami dalam meyakinkan golongan dewasa dan lebih berumur bahawa Armada juga mampu membawa aspirasi politik tanah air,” katanya. - Bernama