Isu pindah kuil: Selisih faham punca gaduh

Iklan
Antara kenderaan yang dilapor terbakar dalam pergaduhan di kuil awal pagi tadi.

SUBANG JAYA - Perselisihan faham antara dua kumpulan berhubung isu pemindahan tapak Kuil Sri Mariamman, di USJ 25, menjadi punca pergaduhan, di sini awal pagi tadi.

Beberapa kenderaan dilapor turut terbakar dalam kejadian itu.

Iklan
Iklan
Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi tiu, individu daripada kedua-dua kumpulan berkumpul di kawasan tapak kuil berusia 140 tahun terbabit sebelum tercetus pergaduhan.

Ketua Polis Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, sebaik menerima laporan pihaknya tiba ke lokasi bagi memastikan keadaan terkawal tanpa berlaku sebarang rusuhan.

"Pergaduhan berlaku antara kumpulan kuil dan kumpulan pemaju. Punca kejadian adalah perselisihan faham antara dua kumpulan berkenaan isu perpindahan kuil.

Iklan

"Setelah menerima laporan, polis sampai di kawasan kuil bagi memastikan keadaan terkawal tanpa sebarang rusuhan berlaku,"katanya.

Menurutnya, polis akan melaksanakan tugasan mengikut peruntukan undang-undang bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam semasa proses pemindahan kuil.

Iklan


Perselisihan faham antara dua kumpulan berhubung isu pemindahan tapak Kuil Sri Mariamman, di USJ 25, menjadi punca pergaduhan di sini awal pagi tadi.

Beliau dalam pada itu menasihatkan orang ramai tidak mengambil apa-apa tindakan yang menyalahi undang-undang.

[ARTIKEL BERKAITAN: Bantah pindah kuil, laluan sesak]

Terdahulu, pada 25 Oktober lalu pengguna lalu lintas terpaksa berdepan kesesakan teruk susulan daripada tindakan sebilangan pihak yang berhimpun bagi membantah pemindahan kuil berhampiran laluan menuju ke Plaza Tol USJ.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa dihubungi bagi membuat kawalan susulan kekecohan di lokasi.

[ARTIKEL BERKAITAN: Kuil dipindah atas arahan mahkamah]

Sementara itu, Kerajaan Selangor dikatakan tidak pernah mengarahkan Kuil Seafield Sri Maha Mariamman, di USJ 25, Subang Jaya dekat sini dirobohkan, sebaliknya arahan pemindahannya ke lokasi lain dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan dan Pembangunan Sosio Ekonomi dan Kerajaan Prihatin, V Ganabatirau berkata, berdasarkan Penghakiman Persetujuan (Consent Judgment) bertarikh 11 Mac 2014, empat pihak terlibat telah bersetuju memindahkan kuil tersebut dan menyerahkan kembali tapak kuil dalam keadaan kosong kepada pemilik tanah.