Lelaki didakwa terbabit pemerdagangan organ direman tujuh hari

Iklan

KUCHING - Lelaki yang menyerah diri kepada polis semalam mendakwa dia terbabit dalam pemerdagangan organ manusia antarabangsa, direman tujuh hari untuk membantu siasatan polis.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 48 tahun itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Kuching, Mosidi Husseini yang bersidang sebagai majistret susulan permohonan dikemukakan Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Nor Elyanis Mohd Yusoff.

Iklan
Iklan

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Dev Kumar M M Sree semalam mengesahkan penahanan lelaki itu yang menyerah diri di ibu pejabat polis daerah Kuching pada kira-kira 1.45 tengah hari.

Dalam kenyataan dikeluarkan susulan penahanan itu, Dev Kumar berkata, suspek tampil di ibu pejabat polis itu selepas mengetahui dia diburu polis susulan dia didakwa memberitahu wartawan The Sun yang menyamar bahawa dia broker penjualan buah pinggang yang diperoleh daripada mangsa miskin.

Iklan

Polis menyiast kes itu mengikut Seksyen 15 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.

Dalam artikel pada 8 Ogos, The Sun melaporkan lelaki itu memberitahu wartawan yang dia boleh menguruskan pakej pelancongan pemindahan organ secara haram untuk warga Britain.

Iklan

Dalam artikel itu, lelaki itu digambarkan sebagai broker jahat yang telah mendalangi 45 penjualan buah pinggang secara haram dan menggunakan Facebook untuk mengumpan mangsa yang dilanda kemiskinan dari seluruh dunia menjual organ mereka kepada pesakit yang amat memerlukan. -Bernama