CHICAGO - AMERIKA SYARIKAT. Dua anggota kumpulan militia pro-Donald Trump, mengaku bersalah mengebom sebuah masjid di pinggir Minneapolis dalam usaha menakutkan penduduk Islam Amerika Syarikat (AS) untuk meninggalkan negara itu.
Michael McWhorter, 29, dan Joe Morris, 23, membuat pengakuan itu semalam terhadap tuduhan berpunca daripada jenayah termasuk dua cubaan merompak, rompakan bersenjata dan cubaan memeras ugut syarikat kereta api.