Rakyat tolak parti yang ada agenda peribadi
Iklan
Annuar Musa
KUALA LUMPUR - Rakyat menolak parti yang mempunyai agenda peribadi terutama jika berkaitan dengan DAP.
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa berkata, semua pihak bebas menubuhkan parti baharu namun impaknya akan dinilai oleh rakyat.
Iklan
Iklan
"Sekiranya ia dilihat membawa agenda nepotisma, kronisma dan peribadi ia pasti ditolak.
"Lebih parah lagi kiranya ia bersekongkol dengan DAP, pastinya akan ditalkinkan awal," tulisnya di Twitter hari ini.
Iklan
Jumaat lalu, bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan menubuhkan parti baharu yang berasaskan kepada perjuangan Melayu.
Dr Mahathir pada sidang media yang memaklumkan perkara itu turut menegaskan parti baharu yang belum diberikan nama itu berbeza dengan parti Melayu dan Pribumi lain kerana perjuangannya bagi menghapus kleptokrasi dan rasuah.
Iklan
Dalam pada itu Annuar berkata, penubuhan parti baharu yang muncul kebelakangan ini juga menandakan Pilihan Raya Umum (PRU) semakin hampir.
"Banyak parti politik terbentuk untuk membela dan mempertahankan legasi dan ego individu.. Tidak kurang juga untuk menjaga dinasti dan keluarga, rakyat cuma menjadi pelapik alasan," tulisnya.
Mei lalu, Dr Mahathir bersama empat yang lain digugurkan keahlian daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Mereka ialah Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik serta Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Ir Amiruddin Hamzah.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Abdul Hadi dedah kedutaan AS pernah 'risik' calon PM daripada Pas"><meta itemprop="description" content="Abdul Hadi dedah kedutaan AS pernah 'risik' calon PM daripada Pas
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendedahkan bahawa wakil Kedutaan Amerika Syarikat (AS) pernah mengajukan soalan mengenai calon Perdana Menteri yang akan diketengahkan oleh parti itu dalam satu pertemuan di kedutaan berkenaan.
Menurut beliau, soalan tersebut diajukan secara langsung kepadanya selepas dua pimpinan kanan Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, terlebih dahulu menghadiri pertemuan dengan pihak kedutaan berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794980/berita/politik/abdul-hadi-dedah-kedutaan-as-pernah-risik-calon-pm-daripada-pas
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AbdulHadi #Politik #CalonPM #AmerikaSyarikat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-05T12:10:32.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb462qe"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb462qe"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb462qe"></script>