MELAKA - Melaka berhak mendapat kepimpinan yang amanah, berintegriti dan gigih bekerja demi kesejahteraan rakyat, kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, beliau yakin pengundi akan memilih calon-calon PH yang akan bekerja demi kebaikan dan perubahan yang nyata buat rakyat negeri itu.