Juventus tewas, Ronaldo tetap setia

Iklan
Cristiano Ronaldo

PRESIDEN Juventus, Andrea Agnelli menegaskan pemain bintangnya, Cristiano Ronaldo akan terus kekal bersama kelab tersebut walaupun gagal melangkah ke saingan suku akhir Liga Juara-Juara selepas tewas kepada Lyon awal pagi tadi.

Menurutnya, Ronaldo masih menjadi tonggak penting untuk memacu kelab tersebut dalam saingan domestik dan peringkat Eropah musim depan.

Iklan
Iklan

"Saya yakin dia akan kekal di kelab ini. Saya fikir laporan yang mengatakan dia tidak gembira di sini adalah wawancaranya dengan sebuah media beberapa bulan lalu dan baru saja diterbitkan sebelum kami bermain menentang Lyon.

"Tidak benar, saya dapat meyakinkan anda bahawa Ronaldo tetap menjadi tonggak penting buat Juventus musim depan," katanya.

Iklan

Kelab Itali itu dikejutkan Lyon dalam aksi timbal balik Liga Juara-Juara awal pagi tadi dengan kelab Perancis itu mara dengan peraturan kelebihan gol di tempat lawan selepas terikat 2-2 secara agregat.

Kekalahan itu satu lagi detik mengecewakan buat Juventus di pentas Eropah selepas turut kecundang pada aksi suku akhir musim lalu di tangan wakil Belanda, Ajax Amsterdam.

Iklan

Ia sekali gus timbul spekulasi Ronaldo tidak gembira di kelab tersebut dengan kelab Perancis, Paris Saint Germain berminat mendapatkan khidmatnya.

Dalam masa sama, Ronaldo turut memberikan bayangan akan kekal bersama kelab yang berpangkalan di Turin itu menerusi satu hantaran di laman Instagramnya minggu lalu.

"Gembira untuk menang dua perlawanan dan memenangi kejuaraan Serie A kesembilan berturut-turut buat Juventus. Ia nampak mudah, tetapi tidak. Tahun demi tahun dengan kesungguhan dan kerja keras anda akan dapat hasilnya. Ayuh teruskan untuk tahun ketiga," katanya.