Suhaimi Sulaiman letak jawatan Pengerusi Bernama
Iklan
KUALA LUMPUR - Suhaimi Sulaiman hari ini mengesahkan bahawa beliau telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Pengelola Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), berkuat kuasa serta-merta.
Beliau berkata, surat itu dihantar hari ini kepada Lembaga Pengelola Bernama dan juga Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah.