Mangsa maut letupan Beirut meningkat kepada 100

Iklan
Mangsa letupan di Pelabuhan Beirut pada Selasa meningkat kepada 100 orang dan lebih 4,000 lagi cedera

BEIRUT - Ketua Setiausaha Palang Merah Lubnan hari ini berkata, mangsa letupan di Pelabuhan Beirut pada Selasa meningkat kepada 100 orang dan lebih 4,000 lagi cedera, lapor Agensi Anadolu.

Dalam kenyataan yang disiarkan di televisyen Lubnan, LBC, George Kettaneh berkata, hospital-hospital Beirut tidak lagi mampu menampung jumlah korban yang semakin meningkat.

Iklan
Iklan

Beliau menambah jumlah korban meningkat kepada 100 dan lebih 4,000 cedera dengan sebahagiannya masih berada di bawah runtuhan. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: 73 terkorban, 3,700 cedera dalam letupan di Beirut

Iklan

Letupan di Beirut berpunca daripada ammonium nitrat

Tiada anggota misi pengaman terlibat tragedi letupan di Beirut

Iklan