Peniaga kedai makan dikompaun RM1,000
Iklan
Mohd Nor Marzukee
NILAI - Seorang peniaga kedai makan di Mantin, dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi mengawal penularan koronavirus (Covid19).
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, peniaga tersebut dikenakan kompaun selepas didapati beroperasi tanpa menggunakan pelitup muka, sekali gus melanggar suatu kesalahan di bawah Per 11 PPPB (No. 7) 2020.
Iklan
Iklan
"Kejadian tersebut dikesan semasa anggotanya membuat pemantauan Ops Covid-19 di kawasan tersebut sekitar jam 11.30 malam.
"Kompaun dikeluarkan serta-merta dan peniaga tersebut dibebaskan, selepas urusan bayaran kompaun dijelaskan," katanya kepada Sinar Harian hari ini.
Iklan
Tambah Mohd Nor Marzukee, sebanyak 64 kompaun dikeluarkan bermula 18 Mac sehingga 3 Ogos lalu manakala sebanyak 67 kertas siasatan dibuka untuk tindakan lanjut.
Katanya, bagi statistik kompaun dan tangkapan ingkar sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada Mac lalu, seramai 171 individu ditangkap, dan 123 dituduh di mahkamah kerana ingkar arahan ditetapkan Majlis Keselamatan Negara semasa tempoh PKP ini.
Iklan
"Orang ramai dinasihatkan supaya terus mematuhi SOP ditetapkan, termasuk pemakaian pelitup muka di tempat awam bagi mengekang penularan Covid-19.
"Pemantauan dan penguatkuasaan akan terus dilaksanakan bagi memastikan masyarakat mematuhi setiap SOP dikeluarkan," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan"><meta itemprop="description" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan
Seorang bekas ejen insurans dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat selepas mengaku bersalah menyalahgunakan wang pelanggannya berjumlah RM150,000, empat tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Hakim Shahrul Rizal Majid menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Zul Ariff Ismail, 39, selepas pertuduhan dibacakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785324/edisi/melaka-ns/seleweng-rm150000-bekas-ejen-insurans-dipenjara-dua-tahun-tiga-sebatan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Seleweng #EjenInsurans #Mahkamah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-26T06:17:31.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P111S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaiy6nu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaiy6nu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaiy6nu"></script>