Bunuh abang angkara daging korban

Iklan
Gambar hiasan.

KAHERAH - Sambutan Aidiladha sebuah keluarga di Mesir bertukar tragedi apabila seorang abang maut ditikam adik sendiri dalam satu pertelingkahan berpunca daging korban.

Kejadian tragis di wilayah Baheira itu turut menyebabkan kakak suspek cedera selepas cuba meleraikan pergaduhan tersebut.

Iklan
Iklan

Suspek memberitahu pihak pendakwa raya bahawa dia naik angin selepas mengetahui ahli keluarganya menerima agihan daging korban yang sepatutnya diberikan kepada golongan miskin.

Akhbar Al Masri Al Youm melaporkan, suspek sebelum ini memberi amaran kepada ahli keluarganya supaya menolak agihan daging korban tersebut.

Iklan

Suspek kemudian bertindak membuang daging korban tersebut sehingga mencetuskan pertengkaran dengan mangsa.

Akibat gagal mengawal kemarahan, suspek bertidak menikam mangsa menggunakan sebilah pisau.

Iklan

Kakak suspek yang cuba meleraikan pergaduhan itu cedera di abdomen.

Suspek kini ditahan reman untuk membantu siasatan. - Agensi