Syak isteri curang punca wanita 70 tahun maut ditetak kapak

Iklan
Mangsa yang hanya dikenali sebagai JC meninggal dunia selepas mengalami kecederaan akibat ditetak menggunakan kapak. Foto hiasan

PATI - Usaha seorang penduduk mendapatkan bantuan perubatan gagal menyelamatkan nyawa seorang nenek berusia 70 tahun yang dipercayai menjadi mangsa keganasan rumah tangga oleh suaminya sendiri di Desa Sugihrejo, Kecamatan Gabus, Kabupaten Pati, Jawa Tengah, Indonesia.

Mangsa yang hanya dikenali sebagai JC meninggal dunia pada akhir minggu lalu selepas mengalami kecederaan akibat ditetak menggunakan kapak.

Iklan
Iklan

Kes itu kini disiasat Polis Resor Kota (Polresta) Pati dengan suami mangsa, HY, 74, dinamakan sebagai suspek.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polresta Pati, Komisioner Dika Hadiyan Widya Wiratama berkata, kejadian berdarah itu berlaku di kediaman pasangan warga emas tersebut.

Iklan

Siasatan awal mendapati kedua-duanya bertengkar selepas HY pulang dari perjumpaan bersama kumpulan jemaah haji.

"Namun, perselisihan tersebut kemudian berlarutan apabila suspek turut mencurigai isterinya mempunyai hubungan dengan lelaki lain sebelum bertindak mengambil sebilah kapak lalu menghayunkannya ke arah mangsa sehingga mengenai bahagian leher,” katanya.

Iklan

Seorang penduduk, AN, 39, kemudiannya melihat suspek membawa sebilah kapak. Saksi meluru ke arah JC yang ketika itu masih bernyawa.

AN bergegas mendapatkan bantuan daripada seorang doktor di klinik berhampiran, namun sudah meninggal dunia sejurus dia kembali.

Jeritan saksi juga menarik perhatian seorang lagi penduduk, ZA, 41, yang bertindak menghubungi Balai Polis Gabus.

Ketika pemeriksaan di lokasi kejadian, polis merampas beberapa barang bukti termasuk senjata utama sebilah kapak.

Pihak berkuasa turut mengambil keterangan beberapa saksi bagi membantu siasatan. - Agensi