Bersatu boleh bertanding mana-mana kerusi PRN Sabah: Annuar

Iklan
Annuar menerusi ciapan di Twitternya.

SHAH ALAM - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berhak bertanding di mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sabah dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, pada masa sama Barisan Nasional (BN) juga berhak berbuat demikian.

Iklan
Iklan

"Bersatu boleh bertanding seberapa banyak kerusi yang mereka mahu. Itu hak mereka. Cubalah..," ciapnya menerusi Twitter miliknya.

Bagaimanapun, beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata, sesuatu perlu dilakukan sekiranya mahu melawan Warisan yang mentadbir Sabah sejak 2018.

Iklan

Tambahnya, parti yang lebih kuat perlu diberi laluan untuk bertanding.

"Namun kalau mau straight fight (satu lawan satu) melawan Warisan, tentu kena berunding dan pastikan parti yang lebih kuat kita beri laluan untuk bertanding," katanya lagi.

Iklan

Walaupun tidak menyatakan secara jelas parti mana yang dimaksudkannya, Annuar diyakini merujuk kepada UMNO semasa menyatakan 'parti yang lebih kuat' itu.

Semalam, Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, parti itu bersedia untuk bertanding di 45 kerusi DUN pada PRN akan datang.

Katanya, Bersatu Sabah akan mengemukakan calon berwibawa, kredibiliti dan boleh menang bagi kerusi yang bakal ditandingi pada PRN itu.