Keahlian pembelot Warisan terhenti serta-merta
Iklan
KOTA KINABALU - [DIKEMASKINI] Semua wakil rakyat Parti Warisan Sabah yang meninggalkan parti kerana menyokong bekas Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman dianggap telah ‘memecat’ diri mereka sendiri daripada parti itu dan oleh yang demikian, tidak ada tindakan lanjut akan diambil.
Setiausaha Agung Parti Warisan Sabah Loretto Padua berkata selaras dengan perlembagaan parti, keahlian semua Ahli Dewan Undangan Negeri terbabit adalah terbatal secara automatik apabila mereka menyertai organisasi politik lain.