Aidiladha: Dua juta kenderaan dijangka bergerak hari ini hingga Ahad
Iklan
KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjangkakan pergerakan kira-kira dua juta kenderaan mulai hari ini sehingga Ahad ini sempena Hari Raya Aidiladha Jumaat ini.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata, susulan itu seramai 1,450 pegawai dan anggota polis akan ditugaskan untuk mengawal lalu lintas di seluruh negara dalam Op Lancar sepanjang tempoh empat hari berkenaan.