Gangguan Microsoft 365 bukan serangan siber - NACSA

Iklan
NACSA menjelaskan, gangguan perkhidmatan Microsoft 365 di seluruh dunia termasuk Malaysia disahkan berpunca daripada masalah teknikal dan bukan serangan siber. Foto Agensi

KUALA LUMPUR - Gangguan perkhidmatan Microsoft 365 yang berpotensi menjejaskan pengguna di seluruh dunia termasuk Malaysia disahkan berpunca daripada masalah teknikal dan bukan serangan siber, menurut Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) pada Jumaat.

NACSA menerusi hantaran di laman Facebook memaklumkan, gangguan itu melibatkan aplikasi utama iaitu Outlook, Teams, SharePoint, Microsoft 365 Copilot dan Defender XDR.

Iklan
Iklan

"Berdasarkan maklumat semasa, gangguan ini lebih cenderung berpunca daripada isu teknikal atau infrastruktur dan bukan serangan siber,” menurut hantaran itu.

Sehubungan dengan itu, Pusat Penyelarasan dan Kawalan Siber Negara (NC4) di bawah NACSA menyarankan semua agensi kerajaan dan entiti Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara (NCII) supaya menyemak status perkhidmatan masing-masing yang terjejas.

Iklan
Iklan

NACSA juga meminta supaya sebarang gangguan terhadap operasi organisasi dilaporkan segera melalui saluran pelaporan sedia ada.- Bernama