Undang-undang baharu kawal media sosial dilulus di Turki

Iklan
Media sosial Facebook akan dikawal kerajaan Turki selepas satu rang undang-undang baharu diluluskan Parlimen negara itu. - Foto AFP

ANKARA - Parlimen Tukri hari ini meluluskan satu rang undang-undang yang memberikan kuasa kepada kerajaan kawalan lebih besar ke atas media sosial, lapor agensi berita Anadolu.

Berdasarkan undang-undang baharu, Facebook dan Twitter perlu memastikan ia mempunyai wakil tempatan di negara tersebut selain mematuhi arahan mahkamah dengan mengeluarkan beberapa kandungan atau dikenakan denda yang besar.

Iklan
Iklan

Beberapa pengkritik berasa bimbang dengan kekebasan bersuara akibat pelaksanaan undang-undang tersebut.

Ia dijangka memberi kesan terhadap rangkaian sosial di negara itu. Turki mempunyai kira-kira 54 juta akaun sosial secara keseluruhannya.

Iklan
Iklan

Rang undang-undang itu dibentangkan oleh Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) dan sekutunya, Parti Pergerakan Nationalis (MHP) dan diluluskan selepas perdebatan berlangsung semalam sebelum berakhir pada hari ini. -AFP