AS tidak perlu bantuan China, Rusia tamatkan perangan dengan Iran - Trump

Iklan
Trump (kanan) bertemu Xi (tengah) dan Putin ketika Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) 2026 di Shenzhen, China baru-baru ini.

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Khamis berkata, Washington tidak memerlukan bantuan China atau Rusia untuk menamatkan perang dengan Iran, lapor Anadolu Ajansi.

"Kami tidak memerlukan sebarang bantuan. Kami telah mengalahkan tentera laut, tentera udara dan sistem pertahanan udara mereka," kata Trump kepada Fox News di Shenzhen, China menjelang pertemuan tiga hala beliau dengan Presiden China Xi Jinping dan Presiden Rusia Vladimir Putin.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, keupayaan peluru berpandu Iran kini hanya tinggal kira-kira 12 hingga 13 peratus berbanding sebelumnya dan Iran mahu mencapai persetujuan.

"Jadi, saya tidak perlukan bantuan. Saya tidak akan meminta sebarang bantuan," kata Trump sambil mendakwa AS kini mempunyai kawalan penuh ke atas Selat Hormuz.

Iklan

Beliau turut berkata, China dan Rusia telah memberikan layanan yang sangat baik kepada AS dan tidak menghantar kapal ke perairan berkenaan.

Mengenai rundingan dengan Teheran, Trump berkata:"Mereka mahu mencapai persetujuan, tetapi saya mahukan persetujuan yang berkekalan."

Iklan

"Saya akan menamatkannya tidak lama lagi. Maksud saya, dengan satu cara atau yang lain, kami akan menamatkannya," kata beliau.

Ketika ditanya mengenai kelebihan mengadakan pertemuan bersama Xi dan Putin, Trump berkata:"Kerana mereka bekerjasama. Mereka mempunyai hubungan."

"China sangat memerlukan tenaga dan Rusia mempunyai sumber tenaga, lalu hubungan itu terjalin. Namun, saya fikir kami berada dalam kedudukan yang sangat baik. Mereka berdua menyukai Trump," katanya. - Bernama