Ringgit dibuka tinggi berbanding Dolar AS
Iklan
Ringgit mengekalkan aliran meningkat untuk dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini selepas meraih manfaat daripada dolar AS yang lemah - Foto 123RF
KUALA LUMPUR - Ringgit mengekalkan aliran meningkat untuk dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini selepas meraih manfaat daripada dolar AS yang lemah memandangkan lebih ramai pelabur beralih menumpukan kepada mata wang negara pesat membangun, termasuk unit tempatan.
Pada jam 9.15 pagi, ringgit berada pada 4.2480/2510 berbanding dolar AS daripada 4.2500/2560 ketika ditutup semalam.
Iklan
Iklan
Peniaga berkata, pelabur menjadi berhati-hati terhadap mata wang negara maju itu menjelang keputusan dasar monetari oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat minggu ini.
Sementara itu, ringgit diniagakan rendah kebanyakannya berbanding kumpulan mata wang utama.
Iklan
Ringgit rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.0807/0840 daripada 3.0790/0838 ketika ditutup semalam dan turun berbanding yen Jepun kepada 4.0388/0428 daripada 4.0372/0441.
Mata wang tempatan susut berbanding pound Britain kepada 5.4905/4948 daripada 5.4702/4796 semalam namun tinggi berbanding euro kepada 4.9791/9830 daripada 4.9840/9927. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>