FAM disaran wujud tabung bantu bekas pemain
Iklan
PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) dicadangkan mewujudkan yayasan atau tabung dana khas dalam usaha membantu bekas pemain kebangsaan yang berdepan masalah kewangan atau kesihatan.
Bekas penyerang kebangsaan, Khalid Jamlus berkata, pihaknya menyambut baik sekiranya perkara itu menjadi realiti pada masa depan yang secara tidak langsung meringankan beban ditanggung golongan berkenaan.
"Ramai bekas pemain atau legenda bola sepak yang kita tak tahu perkhabaran terkini mereka dan bagaimana kehidupan mereka hari ini.