Muhammad Azeem, Sivasangari galas misi inspirasi generasi muda melalui sukan

Iklan
Di sebalik kejayaan yang dikecapi hari ini, Muhammad Azeem (kiri) dan Sivasangari pernah melalui perjalanan panjang yang dipenuhi cabaran, pengorbanan dan kegagalan sebelum berjaya mengukir nama sebagai antara atlet terbaik Malaysia.

SETIAP atlet yang berjaya berdiri megah di podium pernah bermula dengan satu langkah kecil.

Ada yang bermula di padang sekolah, ada yang berlatih di gelanggang komuniti, manakala sebahagian lagi sekadar mahu mencuba sesuatu yang baharu.

Iklan
Iklan

Namun, daripada langkah pertama itulah lahirnya impian besar yang akhirnya membawa mereka mengharumkan nama negara di pentas dunia.

Antaranya kisah pelari pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi dan jaguh skuasy negara, Sivasangari Subramaniam.

Iklan

Di sebalik kejayaan yang dikecapi hari ini, kedua-duanya pernah melalui perjalanan panjang yang dipenuhi cabaran, pengorbanan dan kegagalan sebelum berjaya mengukir nama sebagai antara atlet terbaik Malaysia.

Kini, ketika masih memburu pelbagai kejayaan di pentas antarabangsa, mereka menggalas satu lagi misi penting, iaitu menyemarakkan semangat generasi muda Malaysia untuk berani meneroka potensi diri melalui sukan.

Iklan

Misi itu diterjemahkan menerusi pelantikan Muhammad Azeem sebagai duta sukan terbaharu MILO® Malaysia (MILO®), bergandingan dengan Sivasangari yang kini memasuki tahun ketiganya sebagai duta.

Pelantikan tersebut bukan sekadar mengiktiraf pencapaian mereka, malah membuka ruang untuk kedua-dua atlet berkongsi pengalaman serta nilai yang membentuk kejayaan mereka.

Bagi Muhammad Azeem dan Sivasangari, kejayaan tidak hadir dalam sekelip mata.

Ia dibina melalui latihan tanpa mengenal penat, disiplin yang tinggi, semangat untuk bangkit selepas kegagalan dan keyakinan bahawa setiap cabaran mampu diatasi.

Hari ini, pengalaman itulah yang ingin mereka wariskan kepada generasi baharu.

Pelantikan mereka turut hadir pada detik penting dalam kerjaya masing-masing, Muhammad Azeem terus mengukuhkan reputasinya sebagai pemegang rekod kebangsaan acara 100 meter dan antara pelari pecut paling menyerlah negara.

Setiap penampilannya di trek bukan sahaja membawa harapan rakyat Malaysia, malah menjadi inspirasi kepada ramai atlet muda yang bercita-cita mengikut jejak langkahnya.

Sivasangari pula baru sahaja mencipta satu lagi kejayaan membanggakan apabila mempertahankan pingat emas acara perseorangan wanita di Aichi-Nagoya.

Kini beliau mengintai peluang melakar sejarah sebagai pemain skuasy wanita Malaysia pertama layak ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028, temasya yang bakal menyaksikan penampilan sulung skuasy sebagai acara Olimpik.

Setiap juara bermula dengan langkah pertama

Di sebalik pencapaian yang membanggakan itu, kedua-dua atlet tidak pernah melupakan titik permulaan mereka. Jauh sebelum mencipta rekod kebangsaan, memenangi pingat emas atau berdiri di podium antarabangsa, Muhammad Azeem dan Sivasangari hanyalah kanak-kanak yang gemar bersukan.

Sepanjang perjalanan itu, mereka belajar menerima kekalahan, memperbaiki kelemahan dan terus berusaha menjadi lebih baik setiap hari.

Malah, MILO® sudah menjadi sebahagian daripada perjalanan awal mereka ketika menyertai kejohanan sukan di peringkat sekolah dan remaja.

Daripada atlet muda yang pernah merasai sendiri pengalaman melalui platform sukan yang disokong MILO®, kini kedua-duanya kembali sebagai duta sukan dengan peluang untuk berkongsi pengalaman dan memberi inspirasi kepada generasi seterusnya.

Hubungan ini mencerminkan bagaimana komitmen berterusan MILO® terhadap sukan akar umbi bukan sahaja menyokong penyertaan generasi muda, tetapi turut membina hubungan yang berkekalan dengan atlet sepanjang perjalanan mereka dalam sukan.

Ketua Pembangunan Sukan MILO® Malaysia, Lim Kerwin berkata, masyarakat lazimnya hanya melihat kejayaan seseorang atlet apabila mereka berdiri di podium, tetapi tidak mengetahui perjalanan panjang yang perlu ditempuhi sebelum menikmati detik tersebut.

Menurutnya, di sebalik setiap pingat dan rekod terdapat kisah disiplin, kerja keras, cabaran serta ketabahan yang menjadi asas kepada kejayaan seseorang atlet.

“Seorang kanak-kanak yang melihat Muhammad Azeem berlari hari ini mungkin terdorong untuk mencuba olahraga, manakala seseorang yang menyaksikan Sivasangari beraksi di Los Angeles 2028 mungkin tergerak untuk memegang raket skuasy buat kali pertama.

Bagi beliau, inspirasi sebenar bukan sekadar kemenangan, tetapi keberanian untuk memulakan langkah pertama.

Pengalaman membentuk seorang atlet Muhammad Azeem mengakui perjalanan menjadi pelari terpantas Malaysia banyak mengajarnya tentang erti kesabaran dan ketabahan.

Menurut beliau, tidak semua perlumbaan berakhir dengan kemenangan, namun setiap pengalaman memberikan pengajaran yang membentuk dirinya menjadi atlet lebih matang.

“MILO® telah menjadi sebahagian daripada perjalanan olahraga saya sejak kecil. Sebab itu peluang untuk kembali sebagai duta sukan amat bermakna buat saya.

“Saya tahu bagaimana rasanya menjadi atlet muda yang sedang berusaha meningkatkan prestasi dan tertanya-tanya sejauh mana kemampuan diri.

“Apa yang penting bukan sekadar kemenangan, tetapi bagaimana kita bangkit, belajar daripada setiap pengalaman dan terus berusaha menjadi lebih baik,” katanya.

Sivasangari turut berkongsi pandangan yang sama. Bermula dengan memegang raket skuasy pada usia lapan tahun, beliau tidak pernah menyangka sukan itu akhirnya membawanya bersaing dengan pemain terbaik dunia.

Kini, lebih dua dekad selepas menyertai kejohanan skuasy junior pertamanya, beliau terus memburu impian yang lebih besar, iaitu mencipta sejarah di pentas Olimpik.

Menurutnya, sukan bukan sekadar mengenai kemenangan, sebaliknya medan terbaik untuk membentuk keyakinan diri, disiplin dan daya tahan mental.

“Saya berharap lebih ramai anak muda memberi peluang kepada diri mereka untuk merasai pengalaman yang ditawarkan melalui sukan. Kita tidak pernah tahu sejauh mana satu langkah pertama mampu membawa kita,” katanya.

Membina legasi untuk generasi baharu

Pelantikan Muhammad Azeem dan Sivasangari sebagai duta sukan mencerminkan komitmen berterusan MILO® Malaysia dalam memperkasa pembangunan sukan akar umbi di negara ini.

MILO® telah menjadi sebahagian daripada landskap sukan Malaysia melalui sokongan berterusan terhadap pelbagai inisiatif dan platform sukan akar umbi yang memberi generasi muda peluang untuk mula bersukan, menimba pengalaman pertandingan dan membina asas untuk terus maju.

Perjalanan Muhammad Azeem dan Sivasangari menjadi contoh bagaimana hubungan yang bermula sejak usia muda kini diteruskan melalui peranan mereka sebagai duta sukan MILO®.

Komitmen jangka panjang ini penting bagi memastikan sokongan terhadap sukan tidak terhenti pada satu kejohanan atau satu generasi sahaja.

Dengan adanya peluang yang berterusan, lebih ramai anak muda dapat memupuk minat terhadap sukan, manakala mereka yang mempunyai bakat dan aspirasi dapat terus mengasah kemampuan masing-masing.

Tidak semua yang menceburi sukan akan bergelar atlet kebangsaan. Namun, setiap atlet negara pasti pernah melalui langkah pertama yang sama.

Bagi Muhammad Azeem dan Sivasangari, itulah misi yang ingin mereka teruskan hari ini.

Lebih daripada mengejar rekod dan pingat, mereka mahu menjadi inspirasi kepada generasi muda Malaysia untuk berani bermimpi, berusaha tanpa mengenal putus asa dan menemui potensi sebenar diri melalui sukan.