Netanyahu arah dana Qatar ke Gaza disekat

Iklan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu

TEl AVIV - ISRAEL. Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mengarahkan dana Qatar ke Genting Gaza yang dikepung dihentikan.

Netanyahu mengeluarkan arahan itu selepas seorang askar Israel cedera ringan terkena peluru yang didakwa dilepaskan dari Gaza dalam kejadian kelmarin.

Iklan
Iklan

Dana itu sepatutnya dihantar ke Gaza semalam selepas ia disekat selama seminggu oleh rejim Zionis.

Dalam kejadian kelmarin, seorang askar Israel cedera terkena peluru berhampiran pagar sempadan.

Iklan
Iklan

Insiden itu berlaku tidak lama selepas serangan artileri Israel di Al-Breij yang membunuh seorang rakyat Palestin dan mencederakan empat yang lain. - Agensi