Pakatan diketuai Arab Saudi pintas peluru berpandu Krus Houthi sasar Riyadh

Iklan
Pakatan diketuai Arab Saudi di Yaman memaklumkan pihaknya memintas dan memusnahkan peluru berpandu krus yang dilancarkan kumpulan Houthi ke arah wilayah Riyadh - Foto: Anadolu Ajansi

ISTANBUL - Pakatan diketuai Arab Saudi di Yaman pada Rabu memaklumkan bahawa pihaknya memintas dan memusnahkan peluru berpandu krus yang dilancarkan kumpulan Houthi ke arah wilayah Riyadh, ketika pihak berkuasa mengeluarkan amaran keselamatan di beberapa kawasan di selatan Arab Saudi, lapor Anadolu Ajansi.

Jurucakap pakatan itu, Mejar Jeneral Turki al-Maliki mengumumkan pemintasan berkenaan dalam satu kenyataan di platform media sosial X.

Iklan
Iklan

Beliau tidak melaporkan sebarang kemalangan jiwa atau kerosakan.

Dalam perkembangan berasingan, Pertahanan Awam Arab Saudi mengeluarkan amaran mengenai kemungkinan bahaya di Khamis Mushait serta wilayah Najran dan Jazan di barat daya negara itu.

Iklan

Agensi itu kemudian mengumumkan bahawa keadaan kembali selamat di ketiga-tiga kawasan berkenaan.

Tiada ulasan segera daripada kumpulan Houthi mengenai laporan pemintasan peluru berpandu itu.

Iklan

Perkembangan itu berlaku ketika permusuhan antara kumpulan Houthi dan Arab Saudi semakin memuncak, dengan pakatan berkenaan melaporkan serangan peluru berpandu dan dron berulang kali yang menyasarkan negara itu. - Bernama