Putin jangka pertemuan AS, China bakal beri manfaat besar

Iklan
Putin berjabat tangan dengan Presiden China, Xi Jinping sebelum mengadakan pertemuan di luar Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) di Shenzhen, Wilayah Guangdong, selatan China. Foto AFP

SHENZHEN - Presiden Rusia, Vladimir Putin menjangkakan manfaat besar dalam pertemuan antara Amerika Syarikat dan China dalam Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC 2026).

Jelas beliau, platform APEC menawarkan peluang luas untuk komunikasi di semua peringkat.

Iklan
Iklan

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan sempena Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) APEC 2026 di Shenzhen, China pada Rabu. 

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dijangka mengadakan pertemuan tiga hala dengan Presiden China, Xi Jinping dan Putin sempena Sidang Kemuncak APEC di China untuk membincangkan isu keselamatan global, penyahsenjataan nuklear serta konflik di Iran.

Iklan

Dalam pada itu, Putin berkata, penyelesaian boleh dicapai melalui usaha mencari kompromi dan keseimbangan kepentingan serta kerjasama bagi memperkukuh pembangunan mampan global.

“Atas sebab itu, kami menjangkakan manfaat besar daripada pertemuan tiga hala yang bakal berlangsung antara pemimpin Rusia, China dan Amerika Syarikat, yang dirancang diadakan di luar rangkaian rasmi sidang kemuncak APEC,” ujarnya.

Iklan

Pemimpin dunia termasuk Malaysia menyertai Sidang APEC 2026 bermula hari ini hingga esok.

Perjumpaan itu penting bagi semua negara anggota bagi membincangkan tentang isu-isu ekonomi yang kini berdepan cabaran besar, termasuk persaingan dalam perdagangan.

Bertempat di bandar paling maju di China, sidang yang bertemakan “Membina Komuniti Asia-Pasifik Demi Kemakmuran Bersama”. 

APEC 2026 dijangka memberikan tumpuan kepada tiga keutamaan utama, iaitu keterbukaan, inovasi dan kerjasama bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi serantau.