16 hektar kawasan tanaman nanas MD2
Iklan
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri Dr Azman Ibrahim menjawab soalan media mengenai usaha kerajaan negeri membantu nelayan dan pertanian di negeri ini pada Persidangan Dewan Undangan Negeri ke-14 di Wisma Darul Iman hari ini. - Foto Bernama
KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri menyediakan kawasan baharu seluas 16 hektar untuk menjalankan projek tanaman nanas MD2 di negeri ini.
Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa, Dr Azman Ibrahim berkata, kawasan itu disediakan kepada pengusaha kecil bagi memanfaatkan hasil daripada tanaman nanas jenis itu.
"Keluasan tanaman nenas MD2 sebelum ini adalah seluas 7.89 hektar. Sekarang, seluas 12 hektar kawasan baru diteroka dan seorang lagi pengusaha yang akan membuka tanah seluas empat hektar menjadikan kawasan itu 16 hektar.
"Bantuan diberikan melibatkan pengusaha komersial dengan syarat keluasan maksimum 10 ekar dengan bantuan kira-kira RM300,000. Bagi bantuan melibatkan pengusaha kecil pula ialah sebanyak RM22,500 bagi setiap 1 ekar,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan daripada Datuk Muhammad Pehimi Yusof (BN-Jertih) membabitkan usaha kerajaan mengkomersialkan tanaman itu pada Sidang Dun di sini, hari ini.
Dalam pada itu, menurutnya, pelbagai kaedah akan diambil termasuk melalui industri hiliran untuk memastikan harga nanas MD2 tidak turun.
"Kita akan bincang perkara ini secara serius seperti menghasilkan produk nanas MD2 dalam tin dengan menggunakan jenama Terengganu.
"Kita juga ada menyediakan Skim Bantuan Dana Tani bermula tahun depan sebagai galakan kepada pengusaha sementara menunggu hasil tanaman nanas yang boleh dituai dalam tempoh 13 bulan,” katanya ketika menjawab soalan tambahan daripada Muhammad Pehimi.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tapak pelupusan sampah terbakar, diselubungi asap tebal" /><meta itemprop="description" content="Tapak pelupusan sampah terbakar, diselubungi asap tebal
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Pengguna jalan raya dinasihatkan lebih berwaspada ketika melalui kawasan pelupusan sampah Kampung Sungai Ikan, Kuala Terengganu yang terbakar kerana jarak penglihatan di situ agak terhad, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Situasi bertambah buruk setelah kawasan tersebut dilanda hujan sekitar jam 1 tengah hari pada Sabtu menyebabkan laluan jalan raya bersebelahan kawasan kebakaran itu diselubungi asap tebal.
Tinjauan mendapati pengguna jalan raya terpaksa menyalakan lampu dan memperlahankan kenderaan ketika melalui kawasan tersebut.
Seorang peniaga, Hanisah Shafie, 48, berkata, kawasan itu diselubungi asap tebal selama hampir 20 minit sebaik ia dibasahi hujan kira-kira jam 12.50 tengah hari.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662859/Tapak-pelupusan-sampah-terbakar,-diselubungi-asap-tebal
#SinarHarian #beritasemasa #pelupusansampah terbakar #kualaterengganu" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-05-04T10:14:25.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/WEqm61cDWg1raoGSA/x120" /><meta itemprop="duration" content="P104S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x8xyarq" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x8xyarq"></script>
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Peniaga kongsi rezeki jual siakap 70 sen seekor" /><meta itemprop="description" content="Peniaga kongsi rezeki jual siakap 70 sen seekor
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Peniaga hasil laut di Kampung Batu Hampar dekat Manir di sini berkongsi rezeki bersama pelanggan dengan menjual sebanyak 4,000 ikan siakap pada harga 70 sen setiap seekor, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim
Sabran Muzaffar Semlee, 28, berkata, jualan murah itu dilakukan bagi membantu golongan kurang berkemampuan untuk sama-sama menikmati sumber protein tersebut.
Menurutnya, gerai jualan itu mula diserbu seawal jam 6.30 pagi oleh pelanggan yang ingin mendapatkan harga yang ditawarkan RM2 bagi tiga ekor ikan.
Sabran Muzaffar berkata, jualan tersebut akan diteruskan pada masa akan datang sekiranya sambutan diterima memberangsangkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662802/Peniaga-kongsi-rezeki-jual-siakap-70-sen-seekor
#SinarHarian #beritasemasa #siakap70sen #kualaterengganu" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-05-04T08:36:07.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/WEp8C1cDVDt67F3Pk/x120" /><meta itemprop="duration" content="P191S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x8xy5n0" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x8xy5n0"></script>