Komited pelihara makanan tradisional
Iklan
Mohd Khuzzan (dua, kanan) melihat peserta menyediakan makanan tradisional.
BATU PAHAT - Kerajaan Johor mengharapkan penglibatan semua pihak dalam usaha memartabatkan makanan tradisional agar seni pembuatan dan keasliannya dapat dikekalkan.
Exco Belia, Sukan dan Kebudayaan Johor, Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata, makanan tradisional dilihat makin pupus dan dilupakan generasi muda, ditambah kurangnya individu yang boleh membuat makanan tradisi itu.
Iklan
Iklan
"Seperti di Johor, kita terkenal dengan kepelbagaian makanan tradisi dan antara makanan popular di negeri ini ialah nasi ambeng dan burasak serta lain-lain lagi yang menjadi simbol kepada keunikan dan kepelbagaian etnik di Johor.
"Jadi, usaha kita ketengahkan semula makanan tradisional adalah dengan mengadakan pertandingan melibatkan golongan muda,” katanya.
Iklan
Iklan
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Sukarelawan, Sukan dan Tradisi @Batu Pahat libatkan pelajar dan kakitangan Politeknik Metro Johor Bahru di Kampung Separap, semalam.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bapa, anak hidupkan seni tradisi Jawa"><meta itemprop="description" content="Hampir dua dekad mengabdikan diri memartabatkan seni budaya masyarakat Jawa, pengasas Kumpulan Tunas Warisan, Amar Abu, 65, kini mampu menarik nafas lega apabila perjuangannya mempertahankan warisan itu disambung oleh anak bongsunya, Mohd Nizal Amar, 21.
Bapa dan anak itu antara individu yang terus menghidupkan pelbagai seni tradisional termasuk gasing pangkah Johor, gamelan, tarian reog dan wayang kulit Jawa di Kampung Permatang Duku, Benut sekali gus memastikan khazanah budaya itu terus diwarisi generasi akan datang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792189/edisi/johor/bapa-anak-hidupkan-seni-tradisi-jawa
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KumpulanTunasWarisan
#Jawa #gamelan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-16T04:30:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/dTIv-1gWJu0RnLPaA/x1080"><meta itemprop="duration" content="P101S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=k3zczdkISjA295INE6O"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xay4rjy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="k3zczdkISjA295INE6O"></script>