Lelaki berseluar dalam, wanita berkemban dicekup khalwat
Iklan
Seorang lelaki yang hanya berseluar dalam manakala pasangannya berkemban dicekup penguat kuasa JAINJ dalam pemeriksaan khalwat.
KLUANG – Seorang lelaki yang hanya berseluar dalam manakala pasangannya berkemban dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dalam pemeriksaan khalwat di sebuah homestay di daerah ini, jam 2.10 pagi, baru-baru ini.
Iklan
Iklan
Menurut kenyataan JAINJ, pemeriksaan dilakukan secara rambang dan berkala sebelum penguat kuasa mengetuk pintu bilik berkenaan beberapa kali, namun tiada jawapan diterima.
"Selepas kira-kira tiga minit, pintu dibuka seorang wanita yang hanya berkemban dengan kain paras dada serta memakai baju-T ketat tanpa lengan.
Iklan
"Penguat kuasa kemudian memperkenalkan diri dan masuk untuk menjalankan pemeriksaan. Keadaan bilik ketika itu gelap sebelum lampu suluh digunakan dan semua suis lampu dibuka," menurut kenyataan itu pada Rabu.
Menurut JAINJ, pemeriksaan awal mendapati tiada individu lain di dalam bilik, namun pintu tandas didapati tertutup.
Iklan
"Penguat kuasa mengetuk pintu tandas sambil membuka suis lampu dan kira-kira seminit kemudian terdengar suara menyahut dari dalam.
"Bagaimanapun, tiada sesiapa keluar sebelum penguat kuasa menolak pintu dan mendapati seorang lelaki sedang bersembunyi di belakangnya dalam keadaan hanya memakai seluar dalam," katanya.
JAINJ berkata, lelaki terbabit kemudian diminta keluar sebelum pemeriksaan lanjut dilakukan.
"Pakaian lelaki ditemukan di atas kerusi, manakala pakaian wanita berada di dalam almari.
"Keadaan katil juga didapati tidak terurus dengan cadar berkedut, selimut bersepah dan bantal berselerak, selain pendingin hawa dipasang pada suhu 19 darjah Celsius," menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan JAINJ, hasil soal siasat mendapati pasangan berusia lingkungan 20-an itu bukan suami isteri, sebaliknya sudah lama mengenali antara satu sama lain sejak zaman persekolahan.
"Lelaki terbabit berstatus bujang, bekerja dan menetap di Kluang, manakala wanita itu berstatus janda dan turut menetap di daerah sama.
"Kedua-duanya memberi alasan menyewa bilik homestay berkenaan sekadar mahu berehat, selain mengakui mempunyai hasrat untuk mendirikan rumah tangga," katanya.
Pasangan itu ditahan mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor dan akan didakwa di Mahkamah Syariah.
Perjalanan pulang selepas menjemput isteri yang berniaga di festival makanan berakhir tragedi apabila seorang sarjan polis maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 52.5 Lebuhraya Senai-Desaru (SDE), awal pagi Isnin.
Anak mangsa, Amirul Hakim Jorari, 30, berkata, bapanya, Jorari Jusoh, 58, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat, dalam perjalanan pulang ke Senggarang, Batu Pahat selepas mengambil ibu tirinya, Yuli Helmiyati Mohd Salleh, 51, yang berniaga di food festival berhampiran Bandar Penawar.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804851/edisi/johor/dua-maut-nahas-tiga-kenderaan-ayah-dalam-perjalanan-jemput-ibu-berniaga-di-festival-makanan---anak
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.