Maik catat defisit RM5 juta
Iklan
Tengku Mohamad Rizam (tengah) ditemui selepas Majlis Ramah Mesra MAIK Bersama Rakan Media dan NGO, malam tadi.
KOTA BHARU – Jumlah agihan zakat kepada asnaf melebihi kutipan menyebabkan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) mencatatkan defisit sebanyak RM5 juta, tahun lalu.
Penasihat Khas Yang Dipertua Maik, Tan Sri Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, situasi ini berlaku ekoran agihan zakat kepada 51,682 penerima seluruh Kelantan, melebihi kutipan yang diterima sebanyak RM183,034,916.35.
Iklan
Iklan
Bagaimanapun menurutnya, lebihan perbelanjaan ini ditampung menerusi projek pembangunan dan baitulmal pertanian Maik.
"Ini pastinya menangkis fitnah kerana Maik mengagihkan semua pungutan dan tidak mengumpul harta tanpa dibelanjakan kepada asnaf sebagaimana tohmahan sebelum ini.
Iklan
"Ia turut memberi gambaran keyakinan masyarakat semakin meningkat dengan integriti serta urus tadbir Maik menerusi kutipan zakat meningkat dengan mendadak berbanding 10 tahun lalu.
Tengku Mohamad Rizam yang juga Tengku Temenggong Kelantan berkata demikian selepas Majlis Ramah Mesra Maik Bersama Rakan Media dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), malam tadi.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Nelayan Pantai Sabak tarik perahu kolek ke darat tanda musim tengkujuh bermula"><meta itemprop="description" content="Nelayan Pantai Sabak tarik perahu kolek ke darat tanda musim tengkujuh bermula
Riuh suara nelayan Pantai Sabak yang bergotong-royong menarik perahu kolek ke darat menjadi petanda musim tengkujuh telah tiba, sekali gus menandakan bermulanya tempoh ‘rehat’ mereka daripada mencari rezeki di laut.
Tradisi yang dilakukan setiap tahun itu bertujuan membolehkan kerja membaiki kerosakan, mengecat dan menyelenggara perahu dilaksanakan sebelum mereka kembali turun ke laut.
Artikel:https://www.sinarharian.com.my/article/803598/edisi/kelantan/nelayan-pantai-sabak-tarik-perahu-kolek-ke-darat-tanda-musim-tengkujuh-bermula
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #perahukolek #tengkujuh"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-07T05:00:01.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P190S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbuhepy"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbuhepy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbuhepy"></script>