RM19 bilion dana 1MDB akan dikembalikan kepada Malaysia

Iklan
Muhyiddin Yassin

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyambut baik pengumuman mengenai penyelesaian bernilai RM16.6 bilion (AS$3.9 bilion) yang telah dicapai antara Malaysia dengan syarikat Goldman Sachs (GS) bagi tuntutan-tuntutan kerajaan berhubung salah laku dan penyelewengan dalam kes 1Malaysia Development Berhad.

Muhyiddin dalam satu kenyataan berkata, dengan penyelesaian itu, dana 1MDB yang akan dikembalikan kepada Malaysia secara keseluruhannya berjumlah RM19 bilion (AS$4.5 bilion).

Iklan
Iklan

"Ini termasuk dana yang dipulangkan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) sebelum ini.

"Kerajaan komited untuk meneruskan usaha mendapatkan semula aset-aset lain berkaitan 1MDB dan meneruskan tuntutan-tuntutan terhadap individu dan pihak yang berkaitan dengan skandal penyelewengan 1MDB," katanya hari ini.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: 1MDB: Goldman Sachs setuju bayar AS$3.9 bilion

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Kementerian Kewangan, Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional dan pasukan perunding atas usaha mereka mencapai penyelesaian tersebut.

Iklan

"Ini adalah satu kejayaan dalam usaha mengembalikan hak dan harta rakyat Malaysia," katanya.